Thursday, August 26, 2010

jage hati.profesional dan annoying.


profesional dalam perbincangan.
bermakna dapat memberi .menerima dan menolak cadangan.
dengan usul2 yang kukuh.
tiada siapa yang dapat meruntuh pandangan.

mentaliti orang kita.
tidak berani berkata didepan.
tidak mahu menyuarakan pandangan.
angguk tanda setuju dengan apa2 cadangan .
tapi dibelakang peluru bertubi-tubi ditujukan.
berani melempar batu dari belakang.

menjadikan 'jaga hati' sebagai alasan.
tapi hakikatnya itu lebih menyakitkan.
kalau tak suka cakap depan2.
bile cakap di belakang.
dan kantoi kemudian.
lagi perit rasanya kan.

antara jage hati dan profesional.
pilihlah yang mana berkenan....

~lain orang lain pemikiran.sebab itu perlunya berbincang~

Saturday, August 21, 2010

perempuan dan tak tahu ape yang dikehendaki dalam hidup.

bila aku mahukan sesuatu, aku akan bersungguh2 dapatkan.
pahit ke ape ke semua aku telan.
bile aku da dapat aku sia2kan.
perempuan dan tak menghargai.
itu aku.

aku sendiri tak tahu ape yang aku nak sebenarnye
bila aku mahu sesuatu dan bende tu tertunai aku masih tak puas hati sebenarnye.
perempuan dan tidak puas hati.
itu aku.

ape yang aku nak sebenarnye dalam hidup ni?
kenape makin besar makin banyak bende kite perlu fikir?

kenapa aku tak boleh nak hargai ape yang ade depan mata aku?
kenapa perlu aku mengharap pada sesuatu yang aku dah taw kesudahannya?
kenapa susah sangat hati aku nak terima kenyataan?
kenapa susah sangat diri aku nak bagi peluang?

kalau kite tipu orang, boleh lagi dimaafkan.
tapi, kalau tipu diri sendiri, sape nak maafkan.


: : : dalam hidup ni, perkataan aku redha memang sebati.aku terima hakikat dah jadi makanan ruji.tapi sejauh mane kite redha dengan ape yang berlaku.sejauh mane kite terima hakikat tu? : : :

~sampai bile mahu begini?~

Tuesday, August 17, 2010

pikiaq la pompuan oiiiiii~



ape yang aku taw dan perhati,
orang lelaki..
lazimnya. memang suke main2 gatal2.
maaflah orang lelaki.bukan aku kate kamu gatal.tapi memang lumrah.
tapi, walaupun kamu gatal, banyak skandal kat fb, tapi aku taw hati kamu pada bini sorang kat umah.
bagus!

ape lagi aku perhati.
bile laki duk menggatal kat pompuan kat fb.
ramai jugak pompuan yang balas.
kenape eh?
aku kadang2 musykil la dgn org pompuan.
muke cantik.
tapi..macam desperate duk menggedik ngan laki orang.

aku pompuan kot.
dan aku sendiri tak paham pompuan kadang2.

what goes around, comes around babe..
kau duk menggedik bersayang2 dgn laki org.
nanti kau kawen, laki kau pandang pompuan pon ko rase nak terajang.
aiyoo....
betul2 tak paham.

mungkin bile ko bace ni, ko akan kate ko just have fun main2 macam laki orang tu jugak.
try laki ko wat macam tu kat pompuan lain
try try n try..
agak2 ko tak sakit hati, bagitaw aku cepat2..

ok.ramai gak akan kate..
"eh saya tertipu, suami orang tu kate dia bujang"
come on lah..kalau mamat tu umur da cecah 40.takkan bujang
nak2 letak gambar baby kat album dia, takkanla adik dia kot.
pikir logik la akak.
muke cantik, belajar pandai, otak letak mana?

pleaselah...alert sket dengan perasaan orang lain.
zaman sekarang fb bukan sorang dua yang main.
kalau da taw lumrahnye perangai laki camtu, ko yang pompuan, toksahla melayan..
ada paham????


~saya tak mahu jadik orang tengah antara kalian~