Thursday, December 23, 2010

ayat2 manis gua utk para jejaka,...



semalam, kakak gua tanye tips berhenti rokok
ok.bukan kakak gua yang isap rokok.
tapi laki dia merangkap abang ipar gua, encik tyco.

gua takdelah tips pon nak bagi lu orang bace.
tapi, bile gua kawan dengan mamat2 isap rokok ni,
adelah sket2 usaha gua memberentikan rokok dorang
bukan pe.busuk taw bau rokok.
da la busuk, gigi kuning, bibir itam.tak seksi betul!

dulu gua rapat ngan sorang mamat ni
name dia eman.
rajin jugakla dia kol msg sebab dpt free
dia tegar aaa...sehari tak dapat 10 batang tak sah
gua cakap macam ni jek
"lu, kalau nak kol gua lagi esok, hari ni isap rokok kurangkan sebatang"
esoknye kalau dia isap rokok tak kurang sebatang, gua membebel 18 jam la kan...

bile lepak ngan member lelaki gua plak
3 jam lepak, mahu abis 7 8 batang
jadi, agak2 da banyak sangat dia isap,
gua buat2 pening (oh.memang pening sebenarnye)
bukan pe, selagi gua tak buat camtu, selagi tu la dia duk isap.
mane tahan beb...

mase ngan exbuayapren pulak, gua selalu buat gini
malam sebelum kuar dating,gua selalu tanye kat dia
"lu esok nak rokok berape kotak?gua belikan siap2 malam ni"
perli kene kasi baik punye~
kompem esok, sehari dia dating ngan gua, rokok pon tak berani bawak

dengan best fren gua lak
aku selalu tolong kire n bajetkan gaji dia
pastu gua duk psiko dia kate brape banyak duit gaji dia ilang beli rokok
hari2 la gua duk bebel kat dia kate brape banyak duit dia hangus
memanglah macam annoying asyik membebel
tapi gua sayang kawan2 gua
gua taknak bile umur gua 40 tahun, gua kene jenguk dorang kat hospital
ye tak?

tu lah sedikit sebanyak cara gua kurangkan rokok member2 gua
nak berenti memang susah
tapi alhamdulillah,bestfren gua dah berenti isap rokok
tak tawlah sebab ape
tapi gua suke la rase tak sia2 gua bebel kat dia

so, lu orang apelagi.bawak2la kurang2kan rokok
dari duk isap rokok, baik simpan duit belanje gua.
ye tak?

~gua memang angin kalau gua beriye nak berentikan rokok member gua , tapi ade orang lain duk nak belikan rokok untuk dia.macam HARAM!~


Monday, December 20, 2010

senyum sampai telinga terus ke kaki~



hai hai hai
i'm back!
2 minggu tanpa update dek kerana celcom broadband nye coverage area setapak jaya macam HAREM!
kenapa di setapak jaya
kerana menyambung kem ukur remote sensing kedua disana

berakhir sudah kem ukur hari jumaat yang lepas bermakne berakhir jugaklah sem 5 aku kat utm
macam2 bende jadik sem ni
dan kebanyakkan nye memang sedih
sebab tu la sem ni jarang update blog
asal update,emo, asal emo, update
tak kuase nyah gitu~

sem ni jugak, alhamdulillah result naik
terima kasih kepada manusia2 yang memberi masalah ,
mengecewakan serta membuat aku sedih.
kerana kalian, aku jadik geram
kerana geram,
aku study sungguh~
so, tenkiu very much!
lain kali buat lagi, mungkin aku dapat 4 flat barangkali

walaupon sedih, sem ni jugak banyak menghabiskan duit aku
kerja berjalan sakan dengan cik malisa sepanjang sem
ke taiwan bersama kosmate
duit rm2 masih sempat makan besar kat austin dengan jiran2
berjalan tiap malam semasa menginap di setapak jaya bersama ery dan jiran2
tgk wayang seminggu 3 kali walaupon duit tinggal berapa keping
berjumpa semula dengan ex buayapren dan adik2 yang sudah terpisah lame
oh.bahagia rupanye hidup ini ye!
tahniah kerana boros maizatul!

apepon syukur kepada Allah kerana walaupon awal sem penuh dengan tangisan, akhir sem penuh dengan senyuman
aku harap kebahagiaan dan ketenangan ini berkekalan
mungkin jalan yang aku pilih ini mengecewakan segelintir pihak
tapi, aku mengambil pendekatan yang aku rase wajar iaitu~

:: sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain ::

:: maafkan diri sendiri baru dapat maafkan orang lain ::

:: kelemahan itu bukan untuk ditunjuk tuk meraih simpati, tapi jadikan kelemahan itu satu kehebatan luar biasa dalam diri ::

:: hari ini mungkin hari kamu, esok lusa insyaallah hari aku ::

:: no matter happen, keep smiling ::

:: hidup bagai roda, kejap diatas kejap dibawah, datangnya masalah, tanda tuhan masih sayangkan kita ::

:: everything happen, comes with 'hikmah'..jadi, redha ,usaha, tawakal ::
:: dahlah! ::



~sedang senyum sampai telinga terus ke kaki.camno tuh?~



Thursday, December 2, 2010

sabarlah sabariah!

sehari duduk dekat lab bagai nak patah pinggang.
mata naik juling tenung laptop padahal on9 je pon.
kulit jadik kasar 9 jam duduk kat aircond.
badan jadik gemuk duk asyik mengunyah makanan.
mulut jadi penat duk asyik bebel nocha.

pukul 4.30 petang
gelap dan hujan.
sudah.maw balik bilik macam mana?
tidur dulu atas kerusi lab.
3 kerusi digabung .landing port baik punye dak laki tak nampak.
tidur.
bangun.tulang belakang sakit semua.

tak tahan.mau pulang.
dalam hujan lebat redah pulang.
tak mampu berjalan.cari teksi untuk menumpang
tiada teksi.nampak bas.lari2.
basah kuyup, naik bas,drebar hensem senyum.senyum.

menggigil dalam bas sejuk+basah.
sampai blok.redah lagi.hujan lagi.
loceng kebakaran menjerit.
kuat!pekak!

masuk bilik
campak beg
msg ery mengadu.
tak dilayan.
tarik comforter
terus tido.
tension!

tak taw lah ini kali keberapa bende macam ni jadi.

sabar maizatul.hari ni susah.esok lusa senang.
positif maizatul.jadikan kesusahan hari ni pendorong utk berjaya mase depan.

~hujan diluar basah dibadan.hujan dihati siapa yang tahu?~

rahsia bulan di beranakkan dengan mak.


semalam ery pulun komen kat page fadzillah kamsah.

jadi, secare tidak langsung, aku pon ter usha la jugak page tu lalu terdownload rahsia tarikh lahir ni.
so, lets cekidaut .

MAC
1. berpesonaliti menarik dan menawan .
(ini macam perli sajo~)

2.mudah didampingi.
(kawan2 kate ye jadik betullah kot aku mudah didampingi.cepat2 dampingi daku..huu~)

3.sangat pemalu dan pemendam rasa.
(ai pemalu dengan mamat ensem jek...muahaha.pemendam rase tu selalu gak la.sebab tak semua bende kite bley cakap~)

4.sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
(lame dah taw.poyo!muntoh sekarang!)

5.sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam sekitar
(mulut takde insurans kot.brape ramai dah sentap ngan mulut ni.isk~)

6.suka pada kedamaian
(tempat ramai orang sangat menyesakkan kepala otak dan boleh ubah mood aku sekelip mata.)

7.sangat peka pada orang lain
(tak pooooonn.sebab tu i selalu kene marah..wuwuwuw)

8.sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
(kuharap.......)

9.tidak cepat marah dan sangat amanah
(kalau u buat i marah, patot tak i marah u?patotkan?)

10.tahu membalas dan mengenang budi
(doakan aku tak bongkak dan tak lupe daratan k!)

11.pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
(yeah!so don't ever lie to me.your eyes and body language show everything)

12.kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
(tak berdendam, cume sorry, i x kenal u sampai la u mintak maaf kat i)

13.suka berangan2
(sangat!angan2 tu la jadik semangat)

14.suka melancong
(sedang plan utk ke sabah taun depan menggunakan duit sendiri sepenuhnye.wuarg!susahnye nak carik duit!)

15. sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
(sangat2 juga!tapi kawan2 lelaki aku suke cakap aku langsung tak manja.buatpe aku nak manje2 ngan ko.aku manja2 ngan suami aku nanti dah la.ye tak?)

16.kelam kabut dalam memilih pasangan
(dulu2..tapi sekarang lebih berhati2 supaya takde jiwa terluka lagi.ececeh.)

17. suka dengan hiasan rumahtangga
(tipu!tipu!kalau wedding punye decorations aku sukela,.)

18.punya bakat seni dalam bidang muzik
(habis duit kat karoke kire berbakat kat muzik gak kan?)

19.kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik
(sape yang tak suke bende2 gini.ye dok?)

20.jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
(baik lah.lepas ni makan nasi lauk telur jela!)

benda2 macam ni ade betul kadang2 tapi banyak jugak la yang tak betul nye
manusia mane ade yang same.
ye tak?

takde manusia sempurna kat dunia ni.jadi, tugas kau sekarang, respek dan terima orang lain seadanya.

p/s : beautiful rose n kak eni, terharu bace komen kat previous entry.sob.sob.

~i know what you did~