Tuesday, August 16, 2011

terkesan...menusuk dalam

terkesan bila mana

mendengar, membaca ayat-ayat ini...

~~bila kita mahu berubah, allah akan dekatkan kita dengan orang yang baik2 untuk membantu kita berubah...

~~bencilah pada dosa yang dilakukan tetapi bukan pada si pelaku dosa.kerana manusia bisa berubah tetapi dosa perlulah dijauhi...

~~kalau kita kehilangan sesuatu yang amat kita cintai, redhakan lah..inshaallah, allah akan pulangkan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita.

~~ sesuatu yang kite dah sedar salah, untuk ape kita buang masa menunggu dan terus melakukannya...berubahlah.

~~ kalau kita sukakan seseorang , jangan beritahu dia, nanti allah kurangkan rasa cinta padanya.tapi luahkan pada allah, beritahulah allah.allah maha mengetahui jodoh kita.

~~ allah sentiasa menguji dengan memberi dugaan pada hamba-hambanya yang kuat.bersabarlah dan tabah..

~~jangan tinggalkan orang yang kita sayang kerana orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayangi.

~~jangan gembira apabila mendapat sesuatu dan jangan bersedih ketika kehilangan sesuatu.hidup perlu seimbang.

~~Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

~~ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..

~~
Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..


~~kalau kita sayangkan seseorang, melihatnya bahagia sudah cukup walaupon bahagia itu bukan dengan kita..



p/s : ni semua hasil copy paste dari blog orang, hasil tengok tv, hasil nasihat dari kawan.harap maklom~

sekian...


hati ini kecil.manusia ini kerdil.tapi aku mahu.mahu berubah.bantu aku....

5 comments:

YamaShita KaiTo said...

Insya Allah mai...

"Allah akan sentiasa hantar orang-orang baik kalau kita nak berubah.."

Semoga di beri kekuatan untuk lakukan perubahan di bulan mulia ni :)

azs said...

mudah-mudahan, Allah mendengar rintihan kita dan membantu kita setiap masa.. :)

cincai bolai said...

aku pun terkesan aih.hehe

Alif said...

yang penting niat,jika ada niat utk berubah kpd lebih baik,inshaAllah Allah dorongkan sesuatu utk kita berubah,usaha usaha usaha,itu yg lebih utama dan doa,mohonlah doa daripada ibubapa kita,itu yg lebih utama..inshaAllah

Naim Marinin said...

gua pn ter'feel' sekali.

'kalau kita sukakan seseorang , jangan beritahu dia, nanti allah kurangkan rasa cinta padanya.tapi luahkan pada allah, beritahulah allah.allah maha mengetahui jodoh kita'.

ayat ni memg deep rasanya kt gua.