Monday, February 28, 2011

yang bernama wanita.



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia

diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;

namun, harus cukup lembut untuk memberikan

kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam

untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap

tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh

keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa

mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai

anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika

anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."



"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung

suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui

bahwa seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji

kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada

disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk

dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah

dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia

tampilkan, atau bagaimana ia menyisir

rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus

dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,

tempat dimana cinta itu ada.

Thursday, February 24, 2011

cakap senangggg..

perkara lepas jangan dikenang
kelak hati tak pernah tenang
perkara bakal datang jangan difikirkan
itukan ketentuan tuhan
perkara sedang mendatang hendaklah ditatang
susah mana, pastinya ada jalan..

p/s : maafkan aku.

~hargai apa yang didepan.jangan menyesal dibelakang.~

Wednesday, February 16, 2011

kopi pon leh wat orang mabuk tahu?

sem ni banyak azam aku
salah satu nye nak diet.
huu..mesti ramai yang tak puas hati aku nak diet.
aku ni sebenarnye badan da naik
tapi lemak aku penyegan.dia naik kat peha jek..
sebab aku tinggi orang tak nampak la sangatkan

mak aku pon da bising suruh jage makan
yela.zaman sekarang ni, hospital tu penuh dengan orang muda jek
nak2 bile berkawan dengan blacksugar tu.
mamat tu memang pantang bab2 menjage kesihatan ni
dah banyak kali aku kene ceramah sebab asyik makan mcd la kepsi la.
tu belum masuk bab aku tak exercise.
belum masuk lagi bab aku tido tak cukup
penat nak dengar kene bebel la..huhu~

jadi sem ni, utk mengelakkan aku kene bebel, aku pon tukar la gaye idup aku
makan makanan berkhasiat banyak2(berkhasiat ke?)
masak sendiri kat bilik beb hari2.
tak sedap belakang kire.
i beginner kot..huhu

aku ni takde peti ais
motor lagi la takde
selalu aku soping barang dapur seminggu sekali.
limited sungguh la sayur aku camtu
lauk memang selalu goreng telur jek.sobsob=)(

haih.perubahan mendadak betul
serius susah betul aku nak tahan nafsu makan aku
yela.dulu seminggu berapa kali aku makan fast food.
memang boleh kate tiap hari makan kat luar la kan.
sekarang.sob sob.=(

hari ni, oleh kerana nak membalas dendam sebab hari2 makan lauk masak sendiri yang tak sedap tu, aku pon ajak la aini keluar g jusco
before pegi tu aku goreng cekodok + minum nescafe.(aku bukan peminum kopi sebenarnye.)
kat jusco, melantak mcd + minum coke.
balik makan kek secret recipe.
tak lame lepas tu.nak taw aku jadi camne

aku rase aku da separe mabok da
kepala otak berpinar2
muke da merah2
idung da berair
pattern orang lalok gitu

ha.padan la muke aku.
sape suruh minum nescafe + coke
pastu tak reti nak minum air masak.
padan la muke sekali lagi.

moral of the story.
beringatlah kalau nak makan kawan2 oiiiii.
dah.bye

~sudah 12 hari.dan hilang masih~




Saturday, February 12, 2011

i vote u.u vote i balik k..ahaks!


banyakkkknye la sekarang contest kat fb kan..
contohnye macam
contest gambar paling cun mekap tebal2 macam hantu cine (perasan).
contest gambar paling gedik lagi comel la kononnye (uweekkks)
contest sape paling sexy bukak je la baju kalau camtu(euwwwhhh)
aih macam2 la...

contest2 ni semua sebenarnye bagi aku elok.
sebab ia akan wujudkn budaya berusaha
ye la..contest camni kan cara nak menang dia kene dapat vote banyak2..
so, si contestant selalunye akan promote link dia n suruh org vote dia..
bagus la kannnn..atlest ade usaha

tapi.yang kadang2 agak pandai tapi bodohnye ..
ramai la yang aku tengok, pi vote contestant lain, siap bagi msg kat bawah tu
done voting u.vote me back k...

hahahahahhaha
nak gelak rase..
ape punye pattern la org gini...
kalau da ko vote aku, aku vote ko..apecer banggggg

serius.lawak + bodoh.tolong2lah stop.
camne la malaysia nak maju kalau pemikiran rakyat dia macam tu.



~sudah 1 minggu 1 hari.~

Wednesday, February 2, 2011

25.3


semakin menidakkan semakin benar
semakin jauh berlari semakin datang mendekati
semakin mengelak semakin rapat

mungkin ada yang dapat merasa pandang pertama terus jatuh cinta
mungkin ada yang bertahun bersama rasa masih tiada

bile berkata soal cinta
banyak yang berkata abaikan saja
ini bukan perkara pertama

abai dan abai
tapi sampai bila
lumrah manusia mana ada yang mahu hidup sendiri masa tua?

pening.
kadangkala terfikir sampai bila cerita ini akan menemui ending
tapi tiap kali aku bertanya
jawapan nya satu
semua orang ade jalan cerita tersendiri

ya.
aku mengerti
tapi kalau kamu bisa berkata begitu
pasti kamu tahu tak semua orang akan menyakiti kamu
berhentilah
berhenti menghukum diri sendiri

sampai bila harus begini?
jangan sampai aku tawar hati.


~sebenarnya aku sayang kamu~