Sunday, January 8, 2012

sesungguhnya kecewa

aku sedar diriku tidak sempurna malah punya banyak cacat cela.
aku tidak seperti sahabatmu yang lain yang petah berbicara tentang agama
yang elok budi pekertinya.sopan.lembut.cantik

aku hanya gadis biasa
yang tak punya apa-apa untuk diberikan kepada kamu.
yang mungkin akan memalukan kamu dihadapan sahabat-sahabatmu.
aku bukanlah sesiapa.

aku sedar, hanya aku yang mengganggap kamu sebagai teman.
teman terbaik susah senang.
teman yang aku sayang.teman berkongsi suka duka gelak tawa nangis duka.
aku sedar hanya aku seorang yang merasa.

aku sedar aku punya banyak salah.punya banyak dosa.
tak pernah layak mungkin untuk memiliki teman sehebat kamu.
namun aku selalu mengharap, andai aku salah dimatamu, beritahu padaku.kerna mungkin tanpa kau tahu aku punya alasanku sendiri.

sahabat.
aku tahu banyak salahku padamu
aku tahu malah aku sedar siapa diriku
aku sedar kedatanganku tak diperlukan lagi


sahabat.
kekecewaan ini terlalu dalam bagiku.
dan mungkin takkan pernah terkesan sedikit padamu.
kalau dulu aku mungkin orang pertama yang mengetahui berita terbarumu, namun kini aku tahu kamu lebih selesa jika aku tidak tahu..

hmm........maafkan segala kesilapanku.dan semoga kau bahagia dengan hidup barumu sahabatku.temanku.duniaku.


~datang tak diundang.pergi tak dihalang.pergilah...pergilah dari hati ini.

No comments: